Menanam Sikap Bersangka Baik

  • Ayat 12 dalam Surah al-Hujurat mengingatkan kita akan satu sikap yang perlu untuk dijauhi. Iaitu berkaitan dengan berburuk sangka. Kerana sikap berburuk sangka ini menyebabkan seseorang untuk cepat menghukum serta memandang rendah terhadap individu lain.
  • Bagi individu mukmin, tiada di dalam kamus kehidupannya istilah “berburuk sangka” dengan insan lain. Apatah lagi untuk menganggap dirinya lebih baik dari insan lain. Sedangkan kita sendiri tidak mengetahui perjalanan hidup kita. Adakah kita menganggap diri kita ini sudah mencapai tahap kebaikan yang sempurna? Adakah kita menyangkakan bahawa ibadah-ibadah yang telah kita kerjakan pasti akan menjaminkan pengakhiran yang mulia buat diri kita?