A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Iman dan Kehidupan

  • Setiap individu pasti melalui fasa kehidupan yang pelbagai. Ujian kehidupan juga pelbagai bentuk dan jenisnya. Ada yang diuji dengan musibah dan kesusahan. Pada waktu yang sama, yang lain pula diuji dengan kesenangan hidup.

     

     

  • Maka iman memupuk dalam diri kekuatan untuk berdaya tahan mengharungi cabaran. Seorang Mukmin akan sentiasa berpegang kepada tali iman, lebih-lebih lagi tatkala ujian datang melanda. Ketika diuji, seorang Mukmin tidak akan menyalahkan takdir. Kerana dia tahu bahawa ujian Allah tidak bererti bahawa Allah (s.w.t.) membenci, bahkan kadangkala sebaliknya. Kadangkala seseorang itu diuji sedangkan dia merupakan insan yang dikasihi Allah (s.w.t.). Dia diuji sebagai kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosanya yang silam.

     

     

  • Iman memerlukan kepada usaha. Seorang Mukmin, walaupun sudah beriman, kadangkala kita lalai serta alpa. Ataupun hati ini menjadi kotor disebabkan dosa yang kita lakukan. Bahkan menjadi lumrah insan untuk terlupa.