Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

  • Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita memikul amanah terhadap alam sekitar yang merupakan sebahagian dari kurniaan Tuhan yang sering kita nikmati. Ini termasuk cara penggunaan yang baik yang memberi kesan positif pada diri sendiri, orang lain dan persekitaran kita.
  • Kita juga mungkin telah menyaksikan atau mengetahui betapa besarnya kesan-kesan yang berlaku apabila penjagaan nikmat Tuhan ini diabaikan. Pembaziran telah memberi kesan kepada perubahan iklim.