Al-Hadi: Petunjuk dari Kesesatan

  • Setiap insan memerlukan kepada petunjuk serta hidayah daripada Tuhan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Jangan pernah sesekali kita merasa sombong dan merasa diri sendiri cukup baik. Tambahan dari itu, janganlah kita memperolokkan mereka yang sedang mencari hidayah Allah. Namun sebaiknya kita membantu serta menyokong mereka. 

     

     

  • Di zaman digital ini, ilmu agama boleh didapati dengan mudah dalam talian. Ia merupakan satu peluang bagi kita untuk memperolehi ilmu agama. Namun pada masa yang sama, ia juga merupakan satu cabaran buat kita untuk memastikan kesahihan maklumat yang kita terima. 

     

     

  • Di sini ingin saya menegaskan, kepentingan untuk kita sentiasa berjaga-jaga dalam memperolehi maklumat agama. Rujuklah kepada ahli agama yang bertauliah dan boleh dipercayai sekiranya kita tidak pasti ataupun meragui akan sesuatu maklumat yang kita perolehi. Berhati-hatilah apabila terdapat individu yang menyebarkan maklumat agama yang diragui.