Perhatikan Adab Dalam Bertanya

  • Bertanya soal merupakan antara kunci ilmu pengetahuan. Dengan bertanya, ia merupakan jalan terpenting dalam mengetahui dan memahami sesuatu perkara. Kepentingan bertanya telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith Baginda s.a.w.

  • Dalam keghairahan kita mengajukan pertanyaan, di situ terdapat adab-adab yang perlu kita perhatikan dalam bertanya soal. Seperti contoh, hendaklah kita mengajukan pertanyaan kepada yang ahlinya. Ketahuilah dengan bertanya kepada ahlinya kita sebenarnya sedang menjalankan perintah Allah.

  • Setentunya bagi mereka yang menerima soalan, perlu juga memerhatikan adab yang tertentu. Seperti contoh, kepentingan mengetahui latar belakang orang yang bertanya. Jawapan bagi sesuatu soalan mungkin jelas bagi anda, tetapi tanpa mengambil kira latar belakang individu tersebut, jawapan yang anda berikan mungkin tidak membawa kemanfaatan bagi dirinya.