Zakat Menghakis Kebakhilan

  • Islam mengajar kita untuk mengutamakan diri orang lain atas diri kita. Untuk menjaga hak sesama insan. Dan untuk membantu mereka yang memerlukan. Apatah lagi bagi mereka yang berkemampuan. Maka sudah semestinya ia menjadi kewajipan ke atas mereka untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
  • Ibadah zakat yang pada zahirnya merupakan amalan untuk membantu beberapa golongan yang memerlukan. Akan tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya merupakan pengajaran buat diri kita. Melalui ibadah tersebut. Ia mengajar diri kita untuk bersifat empati akan mereka yang kurang bernasib baik. Ia mengajar kita untuk lebih prihatin akan mereka yang memerlukan. Dan yang paling utama, ia menghakis sifat bakhil daripada diri kita sendiri.