Rahmah Dalam Memberi

  • Saudaraku, kita sedia maklum bahawa melalui Ramadan dan puasa, kita dapat merasai sendiri kesusahan dan segala jerih-perih kelaparan yang dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik. Itu diantara hikmah dan rahsia ibadah berpuasa. Agar kita lebih mensyukuri nikmat illahi, dan tidak dengan segera merungut ketika Allah s.w.t. menarik sedikit daripada kenikmatan tersebut ataupun tatkala diuji.
  • Perlu untuk kita cuba mengambil selangkah lagi untuk benar-benar menjiwai antara hikmah disebalik kita berpuasa. Ia dapat dicapai dengan menghayati konsep perkongsian nikmat yang kita miliki, iaitu dengan menghulurkan bantuan, menunaikan zakat dan memberikan sedekah.
  • Zakat adalah sebuah instrumen sosial yang terpenting untuk menyebarkan ketenangan dan kedamaian di dalam masyarakat kerana ia menjamin bahawa peruntukan yang tertentu sampai kepada golongan yang memerlukan, seperti tempat tinggal, makanan, keperluan seharian dan sebagainya.