Bantuan Allah s.w.t. buat hamba-Nya

  • Keyakinan yang jitu bahawa Tuhan itu sentiasa bersama kita, ia sebenarnya memberikan satu kekuatan dan keyakinan bahawa Tuhan pasti akan mengurniakan kepadanya jalan keluar.

     

     

  • Seorang hamba Allah yang beriman akan tetap bersikap tenang dan berpegang teguh dengan keimanannya. Beliau akan berusaha mencari huraian di sebalik cabaran yang dihadapinya. Beliau kekal optimistik dengan menjadikan setiap halangan dan cabaran itu sebagai peluang baginya untuk meningkatkan kualiti kehidupannya dalam usaha mencari keredhaan Allah s.w.t.

     

     

  • Apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapinya, akan ditempuhi dengan penuh ketabahan. Tiada istilah “menyerah kalah” dalam kamus kehidupan seorang mukmin. Malahan beliau akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keadaannya. Berat mana ujian melanda, beliau sedari bahawa terdapat banyak lagi nikmat yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepadanya.