Masyarakat Rahmah

  • Secara sedar ataupun tidak, kita sudahpun berada di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Alangkah pantasnya masa berlalu meninggalkan kita, sesungguhnya memori ketibaan bulan Ramadan masih lagi segar dalam ingatan. Dengan hari-hari yang berlalu pada bulan yang mulia ini, ia membawa erti bahawa kita seharusnya bergegas untuk meraih peluang pengampunan daripada illahi.
  • Di antara rahmah yang tersembunyi pada sepuluh malam yang terakhir adalah Malam Lailatul Qadar. Ia adalah malam yang mana padanya turunnya para malaikat yang mendoakan keampunan ke atas mereka yang cekal beribadah sepanjang malam. Ia adalah malam yang dipenuhi kegemilangan dan limpahan rahmah.
  • Pastinya ramai diantara kita menanti-nantikan ketibaan Malam Lailatul Qadar. Namun begitu, apakah persiapan-persiapan yang sewajarnya harus kita lakukan demi mempersiapkan diri sepanjang sepuluh malam terakhir ini dan mencari malam istimewa tersebut?