Berpegang Kepada Nilai Keadilan

  • Agama Allah s.w.t. yang suci ini merupakan panduan hidup menyeluruh bagi kita orang-orang Islam. Islam bukan mendidik kita berkenaan apa yang halal dan haram sahaja, malah ia menekankan peri pentingnya menghidupkan nilai-nilai murni di dalam diri kita ini.
  • Nilai keadilan memupuk sifat kejujuran di dalam diri seseorang, ia mengajarnya untuk bertindak dan berfikir dengan hikmah dan menerapkan sifat bertanggungjawab. Ciri ini mampu kita amati pada kehidupan seorang lagi sahabat yang tersohor, iaitu Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a.. Daripada riwayat kisah kehidupan dan kempimpinan Umar r.a. kita bakal menemukan ciri-ciri seorang mukmin yang memerhatikan segala aspek keadilan dalam kehidupan dan urusan beliau.