Akidah Tauhid dan Kesannya Dalam Kehidupan

  • Iman adalah sesuatu yang paling berharga bagi seorang Muslim.  Iman menjadikan hidup kita terpandu dan terarah, kerana dengan iman kita menyedari asal usul kewujudan kita dan matlamat terakhir kehidupan yang hendak kita tuju.  Iman menyediakan kita laluan hidup yang jelas dan lurus, sehingga kita tidak lemas dalam kegelapan tercari-cari arah tujuan yang tidak pasti.
  • Sebagai orang-orang yang beriman, asas akidah kepercayaan kita ialah bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu.  Tiada Tuhan selain Dia.  Tiada sekutu bagiNya.  Tiada yang menyerupaiNya.  Hanya Allah Yang Mencipta dan Menjadikan.  Hanya Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di alam ini. KetetapanNya tiada siapa mampu menghalang. Allah jualah Yang Maha Kaya, Yang Menentukan dan Mencurahkan rezeki kepada sekelian makhlukNya.  Dialah Yang Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi.
  • Maka berpegang teguhlah saudaraku, dengan asas tauhid yang paling dasar ini.  Berusahalah untuk mengenali Allah dengan menimba ilmu akidah yang benar, agar iman kita sentiasa murni dan tidak tercemar.  Iman yang telah dikurniakan Allah di dalam dada ini perlu terus dikukuhkan dengan ketaatan kepadaNya