Menghormati Perbezaan Pendapat

  • Perbezaan pendapat mengenai sesuatu urusan agama adalah lumrah. Ia berlaku sejak zaman Nabi s.a.w lagi sehingga ke akhir zaman. Apa yang boleh dilakukan adalah bersikap lapang dada dalam menerima pandangan yang berbeza, selagimana perbezaan pendapat itu berada dalam ruangan yang dibenarkan.

  • Janganlah kita mudah mengecam dan mencaci pandangan yang berbeza dengan amalan dan kebiasaan kita. Kita sepatutnya saling menghormati pendapat yang dikeluarkan.

  • Ayuh kita hilangkan sifat ta’assub dan permusuhan antara kita, kerana permusuhan itu adalah tuntutan nafsu. Jika perbezaan pendapat dilihat dari sudut positif, ia boleh membawa rahmah dan keluasan dalam pengamalan agama.  Namun jika ia dilihat sebagai pemisah maka ia boleh menjurus kepada perpecahan dan permusuhan di antara kita.