Hakikat Ujian dan Kesabaran

  • Pada ayat tersebut, Allah (s.w.t.) menegaskan kepada orang-orang beriman supaya bersabar. Ini menunjukkan bahawa pada hakikatnya kehidupan di dunia yang dilalui pasti tidak terlepas daripada ujian. Sabar mengharungi ujian mengukuhkan lagi jiwa supaya kuat menanggung penderitaan dan kesulitan.
  • Seiring dengan itu, mohonlah pertolongan Allah untuk merangkul kebahagiaan di dunia dan akhirat, dengan cara bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan mengharungi segala ujian yang tak terduga.
  • Allah (s.w.t.) mengungkapkan secara khusus sabar dengan solat, kerana ia merupakan ibadat induk yang dilakukan berulangkali, serta memerlukan kepada kesabaran, sebagai penghubung seorang hamba dengan Penciptanya.