Sedekah: Amalan yang Disukai Allah

  • Di antara amalan yang dianjurkan di bulan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah. Ia merupakan amalan Nabi (s.a.w.) sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud, “Nabi (s.a.w.) adalah seorang yang paling pemurah dan dia lebih pemurah di bulan Ramadan..” (Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Sedekah yang baik adalah sedekah yang disembunyikan dari penglihatan serta pengetahuan manusia. Kerana di sebaliknya terdapat dua kebaikan.

    Yang pertama: Perbuatan ini dapat membantu menjaga keikhlasan Si Pemberi sedekah kerana pemberiannya adalah kerana Allah dan bukan untuk tujuan lain.

    Yang kedua: Ia merupakan satu amalan yang bakal menjadi sebab seseorang itu mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar kelak.