Islam dan Keinsanan

  • Nilai keinsanan yang dipaparkan Rasulullah s.a.w., telah menawan dan menyentuh hati mereka yang berurusan dengan Baginda s.a.w.. Ia mengingatkan bagaimana seharusnya akhlak yang baik itu menjadi asas kehidupan manusia dan agama, kemudian semakin menambah nilai dengan memperelokkan lagi akhlak seseorang. Hubungan kukuh dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. hendaknya memperkukuhkan hubungan kita sesama manusia.
  • Ciri keberagamaan yang dibawa Nabi s.a.w. adalah keberagamaan yang memberi harapan kepada insan, dan bukannya kehancuran. Keagamaan yang membina tamadun sepanjang zaman dan bukannya kemusnahan. Keberagamaan yang mengajar kita untuk mencintai jiran tetangga, tanpa mengambilkira bangsa dan agama, dan bukannya yang menanam bibit-bibit permusuhan dan kebencian. Keberagamaan yang memberi dan membawa rahmah kepada keseluruhan alam.