Memanjat Pengharapan kepada Allah

  • Dalam apa jua situasi yang bakal atau sedang dilalui, kita diingatkan bahawa Allah (s.w.t.) adalah sebaik-baik Penentu bagi setiap perkara. Kita diajar untuk menyerahkan segala pengharapan kita kepada Allah (s.w.t.).
  • Mengambil tahu perkembangan semasa sangat bermanfaat. Namun, hati dan minda kita perlu direhatkan buat seketika daripada beban maklumat atau “information overload” apabila tiba masanya.
  • Jangan membiarkan diri kita menanggung sesuatu yang bermain dalam fikiran dan perasaan secara sendirian sehingga kita menderita dalam diam. Kita perlu memelihara kesihatan minda dan jasmani bagi memastikan kemaslahatan diri dan keluarga kita kekal terpelihara.