Islam Di Nusantara

  • Keanjalan Islam menjadikannya mampu untuk kekal relevan di mana sahaja ia berada. Ia dapat memandu manusia dengan nilai-nilai murni tanpa perlu memaksa mereka mengabaikan mahupun menafikan kebiasaan adat resam serta budaya mereka. Kita menyaksikan kemakmuran Islam berkembang di nusantara, kita menyaksikan bagaimana nilai-nilai adat serta corak budaya wilayah ini berjaya diamal dan diselarikan bersama ajaran agama.

  • Risalah murni Islam ditujukan kepada semua manusia. Ia tidak terbatas keahliannya kepada sesebuah bangsa, suku atau kaum tertentu. Jati diri sejati seorang Mukmin tidak dinisbahkan kepada bangsa atau kaum tertentu, tetapi pemaparan sifat-sifat terpuji lagi konstruktif yang berpunca daripada keimanan sebenar kepada Allah s.w.t.