A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Mencontohi Baginda s.a.w.: Memberi Kata-Kata Yang Baik

  • Ketahuilah saudara, disebalik segala yang kita lafazkan, ia sebenarnya memberi pelbagai kesan kepada kehidupan seseorang. Dengan kata-kata yang baik, ia mewujudkan suasana yang positif, mendorong serta membina peribadi seseorang. Kita saling menyokong antara satu sama yang lain ke arah kebaikan bersama.

     

     

  • Alangkah baiknya sekiranya kita dapat memainkan peranan dengan memberi kata-kata semangat dan dorongan. Dan sekiranya kita mengamati bahawa teman kita ini memerlukan kepada sokongan serta nasihat yang pakar, kita berusaha untuk membantunya. Menunjukkan jalan serta memberi panduan.

     

     

  • Pada zaman yang serba canggih ini, media sosial merupakan satu saluran yang mana setiap individu dapat meluahkan kata- kata ataupun pendapat kita. Maka seorang mukmin perlu berusaha untuk mencontohi akhlak Baginda (s.a.w.) pada setiap saat dan ketika. Sama ada ketika kita bertutur dengan insan lain secara bersemuka, ataupun memberi komentar di alam maya, pastikanlah kata-kata yang disampaikan itu benar dan memberi kemanfaatan. Kata-kata yang memberi dorongan serta mencetus harapan. Dan bukan sebaliknya.