A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kisah Nabi Zakariyya a.s.: Pergantungan kepada Allah s.w.t.

  • Dalam usaha kita berdoa dan memohon rahmat daripada Tuhan, ia adalah penting untuk kita meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa mendengar rintihan hati serta munajat kita.

     

     

  • Ketika kita berdoa kepada Allah s.w.t., ada masanya doa kita dikabulkan dengan segera. Adakalanya juga, doa kita ditangguhkan buat suatu tempoh yang tertentu sebelum dikabulkan. Dan adakalanya, Allah s.w.t. menggantikan permohonan kita tersebut dengan anugerahNya yang lain yang lebih baik dari permohonan kita itu.

     

     

  • Tingkatkanlah terus usaha kita untuk mencari peluang-peluang yang ada. Kemungkinan ia memerlukan kepada kita untuk menceburi bidang pekerjaan yang lain, mungkin juga ia merupakan peluang untuk kita meraih pengalaman yang berbeza. Pentingnya, selagimana nyawa dikandung jasad, selagi itu insan mukmin akan terus berusaha dengan penuh semangat dan tekad akan bantuan Tuhan.