Bermuhasabah Demi Membina Masyarakat yang Berjaya

  • Di dalam kehidupan moden yang serba pantas lagi pesat ini, “masa” telah menjadi suatu perkara yang sangat berharga, acapkali jauh lebih berharga dari emas dan harta benda. Bagi mereka yang bijak dan cekal, masanya tidak disia-siakan walaupun sesaat. Akan tetapi bagi mereka yang lalai dan rugi, hari demi hari berlalu begitu sahaja tanpa dirasai.
  • Kepribadian Nabi s.a.w. mengajar kita akan pri-pentingnya amalan bermuhasabah ini, iaitu amalan menghitung diri. Malah jikalau diamati hadith-hadith baginda s.a.w., kita akan memahami bahawa bermuhasabah itu sepatutnya menjadi induk amalan seorang mukmin yang membentuk setiap pemikirannya, dan bukan sekadar hitungan di hujung tahun.