Membudayakan Nilai dan Amalan Murni Pasca Ramadan

Allah ingin kita semua terus beramal kerana Dia suka amalan yang berterusan.

Jika kita ikhlas menginginkan rahmat dan keredaan Allah, maka kita perlu terus membudayakan nilai dan amalan yang baik sepanjang hayat.

Kita isikan ruang hidup kita dengan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita kerana itu juga ciri terbaik dan terpuji seorang hamba.