Sifat Mahmudah: Musabarah

  • Tidak dinafikan, kita semua mempunyai kemampuan dan kesabaran yang berbeza dalam menguruskan tanggungjwab kita, terutamanya dalam urusan hal ehwal keluarga kita.

     

     

  • Sumbangan kita tidak hanya terhad kepada sumbangan wang sahaja. Bahkan apa sahaja yang dapat mengembirakan ibu dan ayah perlu diusahakan seperti menziarahi mereka, menghubungi mereka, atau menemani mereka berjumpa doktor.

     

     

  • Sebagai seorang mukmin, kita perlu terus berdoa dan bersabar dengan ujian ini. Setiap dari kita tidak terkecuali dan turut berkorban dalam menghadapi ujian ini. Sebahagian dari kita berkorban dari sudut pekerjaannya, ada juga berkorban dari sudut kewangannya, sebahagian yang lain pula berkorban dalam menjaga keselamatan orang disekelilingnya terutamanya warga emas dan anak-anak kecil kita.