Mencontohi Nabi s.a.w. Tanda Cinta Kepada Nabi

  • Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., hendaknya terus berusaha mengamalkan ajaran Rasulullah s.a.w. sebaik mungkin.

     

     

  • Kehalusan dan kemuliaan akhlak Baginda s.a.w. merupakan petunjuk bagi jalan yang lurus. Biar pun Baginda s.a.w. telah lama meninggalkan alam ini, akhlak Baginda s.a.w. terus dikenang dalam lipatan sejarah manusia.

     

     

  • Kita juga perlu memperhatikan keperibadian kita, hiasilah diri kita dengan akhlak terpuji, sebagai tanda cinta kita kepada Baginda s.a.w. Syukurilah segala curahan nikmat Allah kepada kita, dan bersabarlah di atas segala ujian yang mungkin timbul.