Kisah-kisah di dalam al-Quran: Kisah Nabi Musa Ilmu Kunci Kejayaan

  • Kisah Nabi Musa (a.s) ini mengajar kita akan kepentingan untuk merujuk kepada orang yang berilmu dalam apa jua bidang. Maka tanggungjawab kita adalah untuk merujuk pada mereka yang lebih berilmu dalam apa jua bidang. Sekiranya isu yang dibincangkan berkaitan dengan perubatan, maka rujukannya kepada pakar perubatan. Begitu juga berkaitan urusan agama, rujukannya adalah terhadap mereka yang ahlinya.
  • Memerhatikan sumber agama, menjadi lebih kritikal lagi di zaman ini. Dengan mudahnya seseorang memperolehi maklumat agama melalui pelbagai wadah. Kadangkala sebahagian daripada maklumat tersebut tidak tepat dengan pemahaman agama yang sahih. Bahkan sebahagian individu menjadikan agama sebagai wasilah untuk mencapai agenda serta kemaslahatan peribadi mereka.