Iman dan Ikhtiar

  • Seorang Mukmin yang yakin dengan bantuan Allah (s.w.t.)  akan melihat cabaran yang dilaluinya itu dengan penuh positif. Ini kerana kebergantungan kepada Allah (s.w.t.) akan lebih melapangkan hati dan memberi kekuatan kepada jiwa untuk menjalani kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.

  • Bahkan harapan kepada bantuan Allah (s.w.t.) harus sentiasa disuburkan dalam kehidupan seharian. Ia seharusnya selari dengan ikhtiar serta usaha kita untuk mencari huraian dan jalan keluar. Kedua-duanya harus dilakukan secara seimbang. Inilah yang menjadi kunci agar kita mendapat bantuan Allah (s.w.t.).