A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Memelihara Agama

  • Ingatlah saudara, Rasulullah (s.a.w.) sentiasa berpesan agar segala ajaran dan pengamalan agama perlu berlandaskan tunjuk ajar Baginda (s.a.w.). Oleh itu, sangat penting kita memperolehi ilmu agama yang muktabar, yang diajarkan hanya oleh mereka yang betul didikannya dan bertauliah. Ada yang memesongkan agama untuk kepentingan dan hawa nafsu diri sendiri. Ada pula yang memesongkan agama untuk keganasan. Ada juga yang memesongkan agama kerana mereka terkeliru dan menyangka perbuatannya benar.

     

     

  • Apabila kita mendahagakan panduan, janganlah sampai kita termakan kata-kata manis ataupun pujukan mereka, sedangkan perkara yang diajar adalah satu penyelewengan. Sama ada mereka mengaku boleh berbicara dengan Allah atau Nabinya, atau menghalalkan perkara yang terang-terang tidak dibenarkan agama, samada nikah secara batin, atau perjudian, atau keganasan dan kezaliman.

     

     

  • Walaupun masyarakat kita telah banyak berbakti, beramal dan menyumbang kepada kebaikan, tidak mustahil terdapat anasir- anasir yang tidak sihat. Inilah perjuangan kita, untuk terus berwaspada dan memelihara diri serta keluarga. Kita akan selamat selagi mana kita bergerak bersama sebagai satu masyarakat, dan terus bantu-membantu di dalam kebaikan dan di dalam menasihati satu sama lain.