Memahami Kisah Para Anbiya'

  • Misi utama Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menjadi rahmah buat sekelian alam. Kalimat “rahmah” membawa pengertian kasih sayang, kelembutan dan kebaikan yang membawa keceriaan pada umat manusia. Oleh itu, segala ajaran, nasihat dan panduan kenabian, menjurus ke arah maksud dan tujuan tersebut.
  • Inilah merupakan mesej serta dasar utama yang dibawa setiap nabi dan rasul. Mesej keamanan dan pembangunan jelas terpapar bagi siapa sahaja yang meneliti perjalanan kehidupan mereka.
  • Malangnya, pada hari ini, sebahagian golongan manusia menjadikan peperangan serta pengganasan sebagai dasar utama Islam yang katanya mesti diperjuangkan pada segala situasi. Ini adalah satu penyelewengan yang jelas serta fitnah yang sangat merosakkan terhadap agama yang kita cintai.