Penghayatan surah al-Dhuha Memupuk Pemikiran yang Positif

  • Al-Quran merupakan panduan utama untuk seorang Mukmin. Ia sentiasa menjadi panduan untuk kita meniti kehidupan ini yang terdapat seribu satu ujian dan cabaran.
  • Sekiranya kita menelusuri sirah Nabi (s.a.w.), kita akan mendapati kisah penurunan surah ini. Bagaimana ia berlaku di awal Islam. Ketika itu, Nabi (s.a.w.) pernah berasa teramat sedih dan risau apabila tidak menerima wahyu selama satu masa yang lama.
  • Pada saat kita rasa kehidupan ini sukar, hal keadaan pula tidak menentu. Hayatilah surah ini. Ia memberi kata-kata semangat dan panduan, untuk sentiasa memandang jauh. Melihat kepada kesudahan di akhirat, dan bukannya terbatas dengan kehidupan duniawi semata-mata. Dan kesudahan yang baik itu, bagi mereka yang sabar dan tabah.