Memerhatikan Hubungan Kita Bersama Al-Quran

  • Saudara, pernahkah terlintas di fikiran kita, kali terakhir kita meluangkan masa untuk Al-Quran? Sebagai seorang Mukmin, kita telah diwajibkan untuk beriman dengan kitab suci Al-Quran. Ia merupakan wahyu ilahi yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pelajaran yang membentuk asas keimanan seorang Mukmin.

  • Dalam memerhatikan hubungan kita bersama Al-Quran, adalah penting untuk kita memahami bahawa tujuan Al-Quran diturunkan itu sebenarnya menjangkaui lebih daripada bacaan dan lantunan merdu yang dikumandangkan. Bahkan bacaan dan lantunan Al-Quran harus disertakan dengan pemahaman dan penghayatan agar ia mengungkap pesanan-pesanan yang tersirat.