Keindahan Syariat Islam

  • Allah (s.w.t.) mengurniakan pelbagai nikmat buat manusia. Kita dikurniakan akal yang mampu menilai baik buruknya sesuatu perkara. Kita dikurniakan akal fikiran yang perlu disirami dan dimurnikan dengan ilmu yang bermanfaat.
  • Sebagai seorang yang beriman dan berakal, kitalah yang mencorak pemikiran dan kehidupan kita agar selari dengan syariat Islam.
  • Syariat Islam bersifat holistik atau syumul. Kesyumulan syariat Islam meliputi akidah, akhlak, hukum-hakam dan segala aspek kehidupan seharian.