Hakikat Hijrah Menurut Islam

  • Konsep hijrah di sisi Islam itu lebih luas dari suatu pemindahan secara fizikal. Ketahuilah bahawa hijrah tidaklah hanya pada perpindahan secara fizikal dari suatu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, hakikat hijrah adalah dengan meninggalkan segala yang ditegah oleh Allah (s.w.t).
  • Perubahan ke arah yang lebih baik Itulah hakikat hijrah sepertimana yang diajar oleh Baginda (s.a.w).
  • Apakah perubahan yang boleh kita laksanakan demi kesejahteraan keluarga kita. Adakah terdapat di sana hubungan yang perlu kembali di jalinkan? Ataupun perselisihan yang perlu untuk di cari jalan huraian? Ataupun keadaan keagamaan antara keluarga kita yang perlu dipertingkatkan. Maka jadikan bulan ini sebagai bulan untuk kita menanam tekad, membawa kepada perubahan.