Mencintai Bukan Menyakiti

  • Allah s.w.t. telah mengurniakan kita dengan pelbagai limpahan nikmat; seharusnya kita sebagai Muslim yang bertanggungjawab, mensyukuri segala kurniaan Allah s.w.t. dan memeliharanya dengan baik. Khutbah pada hari ini mengajak kita menghidupkan semula rasa syukur kepada Allah s.w.t.  di atas nikmatnya yang terbesar bagi diri kita - iaitu pasangan hidup kita.
  • Pernikahan adalah sunnah yang sangat digalakkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w., ia bertujuan untuk mewujudkan ketenangan, rasa cinta dan ihsan di antara kedua pasangan. Ini merupakan gambaran rumahtangga bahagia yang dibina atas dasar saling menyokong dan membantu.
  • Malangnya saudaraku, tidak semua pernikahan berjaya mencapai objektif tersebut. Bukannya ketenangan yang dirasai seseorang tetapi ketakutan terhadap pasangannya. Bukannya cinta, kasih sayang dan ihsan yang diperolehi, malah perasaan marah dan benci yang sering menyelubungi diri mereka, Nauzubillah.