Memelihara Keselamatan Keluarga

  • Pada hari ini, saya ingin mengajak para Jemaah sekalian untuk sama-sama memerhatikan satu lagi aspek penting dalam kita menjaga kebajikan ahli keluarga kita. 
  • Sifat seorang mukmin bukan hanya bergantung kepada kerajinannya mengerjakan ibadah solat, rajin berpuasa sunat, suka bersedekah, sering menunaikan umrah dan sebagainya. Akan tetapi seorang mukmin itu merupakan insan yang sentiasa prihatin terhadap keluarganya, membimbing mereka serta melindungi ahli keluarganya daripada tergelincir jatuh ke dalam api neraka. 
  • Sebagai seorang Mukmin, kita perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri kita dan ahli keluarga dijauhi daripada sebarang anasir yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri dan ahli keluarga kita.