Kepentingan Merancang Kewangan Keluarga

  • Baginda s.a.w. merupakan suri teladan terbaik buat umat dalam kehidupan berkeluarga. Walaupun Baginda s.a.w. memikul berbagai tanggungjawab dan kewajipan. Sebagai seorang utusan Allah dan seorang pemimpin, baginda s.a.w. tetap memperuntukkan masa untuk memastikan keperluan ahli keluarganya terjaga. Begitulah tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan setiap ibu bapa terhadap keluarga mereka.

  • Perancangan untuk kebaikan keluarga merupakan sesuatu perkara yang dititkberatkan Islam. Salah satu aspek perancangan adalah perancangan kewangan. Akan tetapi ketahuilah bahawa ia tidak hanya terhad kepada pembahagiaan harta pusaka setelah kita meninggal dunia. Akan tetapi, seharusnya perancangan itu dimulai dengan merangkumi keperluan hidup di dunia. Ini adalah kerana pada setiap peringkat kehidupan, baik pada usia kecil hinggalah dewasa, pasti terdapat keperluan kewangan serta kehidupan yang perlu dipenuhi.