Mengambil Setiap Peluang Kebaikan

  • Rasulullah (s.a.w.) pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rosak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

  • Rahmat Allah amat luas; Allah (s.w.t.) tidak membataskan peluang melakukan kebaikan itu hanya pada sebahagian perkara sahaja bahkan peluang tersebut dapat ditemukan pada banyak perkara dalam kehidupan seharian kita.

  • Selari dengan seruan agama untuk kita memperbanyakkan amalan soleh dan berbakti, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada di bulan Syaaban yang mulia. Bulan di mana Nabi (s.a.w.) mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadah serta berpuasa. (Mafhum hadis riwayat Imam al-Bukhari).