Pengamatan Intipati Doa dan Zikir dalam Ibadah Solat

  • Dalam tafsir al-Qurtubi dinyatakan, bahawa ibadah solat itu Allah s.w.t. nyatakan daripada pelbagai ibadah-ibadah yang lain. Ia merupakan satu petanda pentingnya ibadah tersebut. Begitu hebat dan pentingnya peranan solat dan juga sifat bersabar dalam kehidupan seorang mukmin. Melaluinya seorang mukmin bakal meraih bantuan illahi. Sebagai jalan keluar dan juga huraian berhadapan dengan cabaran kehidupan.

  • Solat yang bagaimana yang menyebabkan seseorang itu bakal menerima bantuan illahi daripada pelbagai permasalahan hidup? Setentunya ia solat yang penuh penghayatan dan pengamatan padanya. Apabila kita mendirikan ibadah solat, apakah kita menganggapnya sekadar himpunan bacaan dan gerak-geri semata? Apakah kita sedar bahawa disebalik setiap ungkapan yang kita lafazkan sewaktu ruku’, sujud dan duduk kesemuanya mengandungi doa dan zikir yang tersirat.