A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Ramadan Bulan Pengukuhan Jiwa dan Amalan

  • Alhamdulillah kita bersyukur pada Ramadan ini kita akan dapat berterawih, bertadarus dan berqiyam di rumah-rumah Allah meskipun dengan batasan-batasan tertentu. Tunjukkan rasa syukur kita dengan kita bersama menjaga nikmat ini, tidak menyalahgunakan langkah-langkah keselamatan ini hanya kerana kita ingin ke masjid. Seandainya kita mendapat tempat di masjid bersyukurlah pada Allah dan doakan serta kongsikanlah peluang itu pula dengan saudara-mara kita yang lain.

     

     

  • Namun saudaraku, seandainya kita tidak mendapatkan tempat janganlah merasa hampa. Anggaplah ia sebagai peluang untuk kita terus memakmurkan rumah kita dengan ibadah bersama dengan keluarga kita. Bukan sahaja kita meraih pahala beribadah tetapi juga pahala memperkukuhkan hubungan dengan keluarga. Bahkan dalam kesunyian kita beribadah di rumah, boleh sahaja ia membantu kita untuk meningkatkan fokus kita kepada Allah. Ini juga adalah nikmat Allah yang mesti disyukuri.

     

     

  • Marilah kita mendidik jiwa kita untuk menjadi bukan sahaja seorang Mukmin yang miliki kerohanian yang tinggi, tetapi sikap rahmah dan ihsan terhadap saudara seinsan dan seagama yang lain pada Ramadan ini. Teruskanlah usaha baik kita menjaga keselamatan masyarakat.