A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Memelihara Alam Sekitar

  • Manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Manusia diamanahkan atau diwakilkan (mustakhlafin) untuk menguruskan alam. Maka, mereka yang sungguh beriman dengan Allah akan menguruskan dan membelanjakannya dengan amanah. Dan bagi mereka ganjaran yang besar.

     

     

  • Dunia sedang menyaksikan kemusnahan alam ini kerana kerakusan dan tamak haloba manusia. Kita maklum tentang cabaran perubahan iklim yang serius. Kita mungkin tidak merasakan kesan serius ini pada generasi kita. Tetapi, apabila kita tidak peka memelihara amanah alam ini, kita mewariskan kerosakan kepada generasi-generasi seterusnya. Apakah ini yang kita ingin lakukan?

     

     

  • Ikutilah perkembangan perubahan iklim ini, kegiatan dan kesan-kesannya. Bangkitkan kesedaran dalam diri, keluarga, teman dan masyarakat kita akan cabaran ini. Didiklah diri kita dengan amalan-amalan yang dapat menyelamatkan dan memelihara iklim dan alam ini.