Pelaburan Masa Hadapan

  • Sebagai seorang Muslim, kita perlu memanfaatkan setiap saat dan masa sebaik yang mungkin agar kita tidak kerugian. 
  • Pesanan Rasulullah s.a.w. merupakan suatu isyarat buat kita, kita perlu menjadikan dunia ini tempat bagi kita mempersiapkan bekalan- dalam bentuk amal kebaikan - untuk dibawa menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. 
  • Kehidupan di dunia ini merupakan peluang untuk kita memperbanyakkan amalan soleh kita. Amalan kita dapat mendorong kita untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.