A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Memahami agama: Menuruti tradisi keilmuan Islam

  • Ketahuilah, bahawa ajaran agama yang benar itu jelas. Ia tidak perlu disembunyikan, dibisik-bisikkan, ataupun diajarkan secara rahsia. Begitu cara Baginda Rasulullah (s.a.w.) mendidik para sahabat dan pengikutnya. Baginda berdakwah secara terang- terangan, kerana jalan menuju Allah (s.w.t.) adalah jelas, bukan rahsia yang hanya diketahui beberapa orang sahaja.

     

     

  • Tradisi keilmuan yang memastikan kesahihan maklumat agama yang diperolehi, serta untuk mempelajari ilmu agama daripada ahlinya. Agar mereka yang ahli dapat menjelaskan maksud teks-teks agama tersebut.

     

     

  • Ketahuilah bahawa menuntut ilmu agama merupakan satu perjalanan yang berterusan. Kadangkala ia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian. Namun, seorang Mukmin akan tetap berusaha sepanjang hayatnya untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari yang sebelumnya. Beliau akan berusaha agar ada peningkatan pada dirinya setiap hari, walaupun ia merupakan peningkatan yang kecil dan sedikit.