Penggunaan Teknologi Dengan Beretika

  • Antara anugerah besar Allah kepada manusia ialah akal dan kemampuan berfikir dan mencipta. Kerana akal dan kemampuan inilah Allah menjadikan kita khalifah yang menguruskan alam ciptaan Allah. Bahkan, antara prinsip dan tujuan Syariah ialah memelihara akal dan anugerah Allah ini.

     

     

  • Teknologi adalah alat dan perantara di tangan kita. Kita yang menciptanya. Kita yang menggunakannya. Tetapi, bagaimana kita menggunakannya, dan untuk tujuan apa kita menggunakannya? Teknologi adalah ujian dan peluang pada masa yang sama. Ia hanyalah satu alat dan wasilah, digunakan untuk tujuan tertentu dan mencapai matlamat tertentu. Di sinilah pembangunan dan perkembangan nilai dan akhlak manusia memainkan peranan penting.

     

     

  • Di sinilah perlu kita terus menegaskan kepentingan membangunkan nilai dan akhlak mulia dalam diri kita. Walaupun Rasulullah (s.a.w.) tidak meninggalkan teknologi dan alat yang canggih untuk kita, kerana ia diserahkan kepada kebijaksanaan dan kreativiti kita dalam memenuhi keperluan manusia.