Akhlak dan Rahmah dalam Perhubungan

  • Sesungguhnya kemakmuran sesebuah masyarakat dikaitkan dengan nilai-nilai peradaban yang diresam oleh ahli-ahlinya. Salah satu sifat terpuji yang amat perlu diterapkan di dalam masyarakat kita, adalah sifat berbaik sangka sesama manusia. 
  • Tamadun yang diredhai Allah adalah sebuah masyarakat yang mempu untuk hidup di muka bumi Allah s.w.t. seiringan dengan keseluruhan makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Ia mampu dicapai, apabila seseorang itu berjaya mempamerkan akhlak bimbingan Nabi Muhammad s.a.w. 
  • Nilai rahmah mengajar kita maksud dan tujuan kehidupan. Kita diciptakan bukan semata-mata untuk memenuhi kewajipan peribadi, akan tetapi kita juga berperanan untuk menjadi sumber pengharapan dan rahmah kepada manusia.