Jadikan Setiap Nafas dan Langkah Ibadah kepada Allah s.w.t.

  • Beribadah tidak terbatas hanya di atas sejadah, mengambil satu sudut di masjid dengan bersolat dan berzikir, atau berpuasa pada hari-hari tertentu. Benar, ibadah sebegini memiliki pelbagai kemanfataan, antaranya mengisi kepuasan kerohanian peribadi.
  • Insan Muslim mempunyai misi di dunia melebihi kepuasaan peribadi. Insan Muslim membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh alam: pada keluarganya, jirannya, tetamunya, temannya, masyarakat, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sesiapa yang berinteraksi dengannya. Inilah ciri Ibād al-Rahmān, yakni Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih yang sebenarnya.