Kisah Nabi Yusuf (a.s): Pengajaran Dalam Menguruskan Harta

  • Nabi Yusuf (a.s) diberikan kepercayaan oleh raja Mesir untuk menjadi bendahara negara kerana memiliki dua sifat yang amat penting terdapat pada diri setiap individu. Yang pertama iaitu: Sifat hafiz yang bererti menjaga apa yang dipertanggungjawabkannya. Dan yang kedua: Sifat aliim yang bererti pengetahuannya dalam cara menguruskan wang
  • Segalanya bermula daripada sikap berhemat dalam berbelanja. Membeli sesuatu hanya mengikut keperluan dan memikirkan manfaat jangka panjang bagi perbelanjaan itu. Usah membeli-belah hanya sesuka hati atau membeli perkara yang tidak dapat memberikan apa-apa kemudahan buat diri kita.
  • Bagi mereka yang berkemampuan pula, bantulah saudara kita yang berada di dalam kesusahan terutamanya kepada kaum kerabat kerana ia merupakan antara kunci kita ke syurga.