A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Menyambut Tahun Baru Dengan Penuh Pengharapan

  • Sebagai seorang Mukmin, kita diajar untuk terus bergantung harapan kepada Allah. Kerana Dia sahaja yang berkuasa untuk mengurniakan segala kebaikan bagi hamba-Nya. Dia yang mencukupkan segala keperluan kita di dunia ini. Bahkan segala doa yang kita panjatkan, mahupun harapan yang tersirat di dalam hati, segalanya berada di bawah pengetahuan Yang Esa. Rahmat Tuhan melimpah ruah bagi hamba-hamba-Nya yang beriman.

     

     

  • Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran. Pelbagai penyesuaian telah kita terapkan dalam kehidupan seharian. Segala ikhtiyar serta usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil. Dan sekarang ini kita telah pun memasuki fasa ketiga, dan keadaan di Singapura juga kelihatannya semakin stabil.

     

  • Maha suci Allah! Di atas segala kurniaan-Nya. Dia kurniakan kepada kita kesihatan. Dia berikan kepada kita huraian serta jalan keluar. Dan pastinya selari dengan panduan agama yang mendorong setiap individu untuk berikhtiyar serta mencari penawar dan ubat, kita menyambut baik berita yang kita terima, iaitu penawar bagi virus berbentuk vaksin yang bakal digunakan di Singapura.