Kepentingan Beramal Dengan Ilmu

  • Amal adalah manifestasi daripada iman dan ilmu yang diperolehi oleh seseorang insan. Tanpa amal, iman dan ilmu hanya menjadi ungkapan yang diulang-ulang tanpa makna dan pengertian. Dewasa kini, kita mendapati ramai di kalangan ahli masyarakat kita yang suka mempertingkatkan diri dan menambah ilmu pengetahuan. Ini adalah sebuah perkembangan yang baik. Namun, di dalam keghairahan kita menimba ilmu, jangan sekali-kali kita membiarkan ilmu pengetahuan itu tersimpan di dada tanpa di amal dan dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.
  • Memperoleh pemahaman yang benar berkaitan dua-dua sumber tersebut adalah amat penting, agar kita tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyimpang dari agama. Perkara ini hanya dapat terlaksana apabila kita memastikan pengajian agama diterima daripada pembimbing yang bertauliah dan berkelayakan. Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam memastikan sumber ajaran agama yang mengisi kekosongan rohani kita. Ia mestilah berlandaskan dari sumber yang nyata iaitu Quran dan Sunnah
  • Begitu juga kepentingan ikhlas dalam menuntut ilmu. Bagaimana mungkin akan dikurniakan keberkatan ilmu melalui amalan, sekiranya tiada keikhlasan dalam dirinya dalam menuntut ilmu. Dan tanamkan keazaman dan panjatkan doa agar dikurniakan amal bagi ilmunya dan agar ilmunya merupakan ilmu yang bermanfaat. Semoga dengan itu kita berjaya menjadi hamba-hamba Allah yang dikasihinya di dunia dan juga di akhirat.