A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Agama Mendekatkan diri Kepada Tuhan

  • Agama kita ini menekankan aspek kemanusiaan dalam pelaksanaan ajarannya. Sebab itulah apabila seseorang melakukan amalan yang menyakiti orang lain, sedangkan kita selesa terus dan hanya mementingkan diri sendiri, perkara ini ditegah agama. Kerana ia bukan antara ajarannya.

     

     

  • Ingatlah bahawa peluang untuk terus beribadah bersama di rumah-rumah Allah adalah antara nikmat besar yang tidak harus kita ambil ringan. Kita tidak mahu keikhlasan ibadah kita dicemari sikap mementingkan diri sendiri sehingga mengambil hak dan peluang orang lain. Apabila kita tidak memperolehi tempat ibadah di masjid, ketahuilah ada saudara kita yang bakal melaksanakan solat di tempat tersebut.

     

     

  • Justeru itu, saya ingin mengajak setiap di antara kita untuk bermula dari sekarang. Hidupkanlah semangat dalam diri kita serta keluarga, untuk terus mempertingkatkan amal ibadah dan kebaikan. Tidak kira sama ada di masjid-masjid, mahupun di rumah masing-masing bersama keluarga. Kongsikanlah nikmat yang diberikan Tuhan, bersama insan sekeliling kita.