Menghargai Nikmat Keamanan

  • Allah s.w.t. mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat, ada yang kita sedari, ada yang tidak kita sedari. Ada yang kita syukuri, ada pula yang kurang kita hargai.
  • Kita hanya menyedari betapa besar nikmat keamanan bila ia luput dan hilang. Bila hilang keamanan, ketakutan dan kebimbangan yang menggantinya.
  • Setiap orang yang menghargai keamanan dan menghormati kesucian agama dan manusia, sangat-sangat berduka dengan insiden keganasan baru-baru ini di Christchurch, New Zealand.
  • Semoga masyarakat Christchurch diberikan ketabahan dan yang sedang dirawat mendapat kesembuhan. Semoga Allah s.w.t. juga melindungi keluarga serta negara kita daripada kejadian sedemikian.