Menghayati Keindahan Perundangan Islam

  • Dalam melaksanakan apa jua amalan agama, ilmu dan pemahaman yang menyeluruh adalah amat penting. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu di sini bukan sahaja bagaimana melaksanakan amalan tertentu seperti cara solat dan sebagainya. Namun kita perlu tahu bahawa ilmu-ilmu Islam, seperti fiqh, menjangkaui pertimbangan lebih daripada itu. Ia mengambil kira keadaan seseorang, sama ada tempatnya mengizinkan beliau untuk melaksanakan solat seperti biasa atau memerlukan kelonggaran pada sudut tertentu.
  • Pokoknya di dalam pengamalan agama, Allah s.w.t. tidak ingin sehingga kita terbeban dan merasa sulit dalam melaksanakannya. Ini bererti kita perlu bertanya dalam apa jua pelaksanaan agama, sama ada amalan dengan bentuk tertentu pada waktu dan keadaan tertentu itu mempermudahkan atau menyulitkan seseorang. Atau mungkin sesuatu amalan ketika itu boleh bahkan membahayakan nyawanya.