A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Bersikap Lemah Lembut Terhadap Keluarga

  • Saidatina Aisyah (r.a.) pernah meriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah mengherdik atau mengangkat suara, apatah lagi mengangkat tangannya untuk mencederakan keluarganya. Apakah Rasulullah (s.a.w.) seorang yang lemah? Apakah Rasulullah (s.a.w.) tidak berkuasa?

     

     

  • Subhanallah! Tidak. Kekuatan dan kekuasaan Rasulullah (s.a.w.) bukan pada kekerasan atau pada tangannya. Tetapi kekuatan Baginda adalah pada hatinya, pada sifatnya, pada akhlaknya, pada kelembutan dan kemaafan Baginda. Kerana sifat-sifat ini, Baginda disayangi dan dihormati keluarga, teman dan kawan. Segala sifat-sifat ini perlu dipupuk, bermula dari rumah.

     

     

  • Pasangan dan ahli keluarga kita tidak sempurna, sebagaimana kita sendiri tidak sempurna. Di sinilah kekuatan sebenar kita diuji. Kekuatan pada hati dan akhlak kita. Kesabaran dan kesediaan untuk memaafkan, sebagaimana kita juga mengharapkan orang lain untuk sabar dan memaafkan kita.